• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Populariti Bukan Alasan Ayda Jebat Letak Harga

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Ayda Jebat menjelaskan dia tidak akan menaikkan bayaran lakonannya hanya kerana sudah memenangi dua trofi di Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini pada 22 Februari lalu.

Ayda atau nama sebenar,Nur Suhada Jebat, 23, sebaliknya berkata, kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus memperbaiki diri sebagai pelakon kerana sedar dia masih baharu dalam industri hiburan.

“Biarpun sudah menang dua anugerah tetapi itu bukan alasan untuk saya mula meletakkan harga pada mana-mana produksi yang ingin mendapatkan khidmat saya.

“Saya sendiri sedar bahawa saya masih baharu dalam bidang ini dan paling penting sekarang adalah memberi lebih fokus untuk memperbaiki mutu lakonan,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Ayda memenangi kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2015 iaitu Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Kemenangan itu sekaligus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan AStro.

Dalam pada itu, Ayda mendedahkan sebelum ini dia tidak pernah menghadiri mana-mana majlis anugerah sejak bergelar artis dan AME 2015 adalah kali pertama.

Jelas Ayda, dia tidak akan menghadiri sesuatu majlis sekiranya namanya tidak tercalon sebagai finalis.

“Ini kali pertama saya hadir dan tidak menyangka menang kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menghadiri mana-mana majlis anugerah,” katanya. – mStar Online

Tags: Ayda Jebatpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd