• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokoh Politik Kedah, Khalid Abdullah, Meninggal Dunia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah, meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini.

Allahyarham Khalid, 98, meninggal dunia jam 5.50 pagi ini, selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada Ahad lepas.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Norjannah Khairuddin, 61, berkata sejak Jumaat lalu, suaminya sudah tidak boleh makan.

“Pada Sabtu, kesihatannya semakin merosot menyebabkan pada Ahad, kami menghantar arwah ke hospital dan terus dimasukkan ke ICU.

“Arwah tiada apa-apa sejarah penyakit cuma petang semalam arwah mengadu penat. Pada jam 5 pagi tadi, ketika jururawat hendak memeriksa tekanan darah, arwah dah tak bagi tindak balas,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong di sini, hari ini.

Khalid yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Merah (1975-1980) pernah memegang jawatan antaranya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tokoh Maal Hijrah 2008 itu, meninggalkan seorang balu, lima anak (seorang sudah meninggal dunia), 17 cucu dan 24 cicit.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Hussain, di sini selepas Zohor tadi. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdullahmeninggal duniaTokoh Maal HijrahVeteran UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd