• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Di Asrama Pekerja Top Glove, Klang

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove, di Klang, Selangor, bermula tengah malam ini sehingga 30 November.

Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 215 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di kawasan Jalan Abadi, Klang, itu akan membabitkan 13,190 pekerja yang tinggal di asrama lelaki dan asrama wanita.

“PKPD ini akan bermula jam 12 tengah malam ini (17 November) sehingga 30 November bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan bersasar kepada semua penghuni asrama dan penduduk.

“Pelaksanaan PKPD ini membabitkan kawasan asrama lelaki di Jakan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata PKPD turut membabitkan 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat pada hari ini juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Institut Latihan Kesihatan Malaysia Johor Bahru, PKPD Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kampung Matamba, Sabah.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju menamatkan PKPD di kawasan berkenaan.

“Walaubagaimanapun, kesemua penduduk di lokaliti ini masih tertakluk kepada SOP PKPB yang dilaksanakan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanTop Glove
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd