• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang, Pendedahan Liabiliti Kerajaan Dianggar RM1.257 Trilion

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hutang bukan statutori Kerajaan Persekutuan sehingga akhir September lalu ialah RM874.3 bilion atau 60.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata kerajaan sentiasa bertekad untuk mengawal kedudukan hutang negara dan memastikannya tidak menjadi bebanan dalam jangka panjang. 

Berdasarkan pengiraan had statutori, katanya, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan yang merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) berada pada tahap 56.6 peratus daripada KDNK.

“Bagaimanapun, kerajaan juga menanggung dan terdedah kepada komitmen kewangan, seperti RM177 bilion, bagi melaksanakan projek infrastruktur antara lain meliputi pengangkutan awam transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

“Komitmen lain merangkumi hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM32 bilion sehingga September lalu dan anggaran liabiliti kewangan lain sebanyak RM173.3 bilion merangkumi projek-projek Kerjasama Awam Swasta (PPP), Inisiatif Dibiayai Swasta (PFI) dan Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT).

“Contohnya, projek pembangunan Putrajaya, pembinaan kuarters polis, penyelenggaraan fasiliti kerajaan seperti hospital dan jalan.

“Sekiranya mengambil kira defisit fiskal semasa, termasuk pembiayaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi, kedudukan hutang serta pendedahan liabiliti kerajaan dianggar RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada KDNK pada akhir September lalu,” katanya pada sesi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini. – BH Online

Tags: hutang kerajaan persekutuanKDNK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd