• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Ulangi Sokongan Padu Terhadap Palestin

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal mendukung perjuangan rakyat Palestin dan menyokong usaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan dan adil dalam kancah Israel-Palestin sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menerusi rundingan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhdyiddin Yassin ketika mencelah pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 berkata, penyelesaian tunggal yang kelihatan bagi isu Israel-Palestin adalah menerusi pembentukan dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak yang diadakan secara maya, bermula Khamis hingga Ahad.  

Sidang kemuncak itu dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc.

Muhyiddin turut mengutuk keras tindakan tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan tertentu yang berselindung mempergunakan agama untuk mewajarkan tindakan jahat mereka melakukan keganasan.

Mengulas mengenai kebebasan bersuara, beliau berkata, meskipun penting untuk demokrasi, ia adalah alat yang perlu disuarakan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh disalah guna bagi mewajarkan keganasan, mencetus kebencian dan memupuk faham kebencian terhadap Islam (Islamophobia).

Turut menyertai sidang kemuncak itu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ASEAN ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: Palestinsidang kemuncak ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd