• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Jika Benar Belanjawan Kekang Covid-19 – Anwar

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2021 hanya akan disokong jika ia benar-benar belanjawan untuk membantu rakyat menghadapi pandemik Covid-19 dan mengekang wabak itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menumpukan usaha untuk menangani Covid-19 dengan meminggirkan peruntukan bagi projek-projek mega.

Beliau yang juga Presiden PKR turut mencadangkan agar peruntukan RM19 bilion untuk pembangunan dipindahkan kepada Kumpulan Wang Covid-19.

“Ini kita minta kerajaan teliti semula, belanjawan ini seperti yang dipersembahkan (kepada) Yang di-Pertuan Agong ialah Belanjawan Covid-19 tetapi Kumpulan Wang Covid-19 hanya 5.3 peratus daripada RM322.5 bilion itu.

“Kita akan hanya sokong jika benar ia (Belanjawan) Covid-19, maka saya usulkan supaya Menteri Kewangan teliti cadangan Ahli Parlimen yang lain supaya hal Covid-19 diberi perhatian. Kita hanya akan sokong Belanjawan Covid-19, tidak yang lain,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut menyentuh mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium yang termasuk dalam tuntutan Pakatan Harapan (PH) dan perlu diberi perhatian kerana ia adalah bantuan untuk rakyat meminimumkan impak akibat pandemik Covid-19.

“Seperti saya sebut soal KWSP dan moratorium, ini soal serius… kalau mahu kita pertimbang untuk luluskan belanjawan, hal-hal ini mesti diberikan perhatian utama, kalau tidak belanjawan tidak dapat diluluskan,” katanya.

Beliau mahu kerajaan menimbang semula jumlah RM500 pengeluaran KWSP yang disifatkan tidak munasabah untuk golongan B40 meneruskan hidup mereka.

“Saya cadangkan jumlah ini ditambah kerana jika ditambah ia hanya membabitkan RM4 bilion dan kita ada keupayaan,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut meminta kerajaan membatalkan cadangan untuk mengembalikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan peruntukan RM85.5 juta untuk tujuan itu disalur kepada kegunaan barisan hadapan bukan anggota kesihatan.

“Saya simpati dengan Menteri Kewangan, dia bukan orang politik, tetapi dia tulis saja, sebagai sahabat kita simpati… batalkan jelah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahimbelanjawan 2021Covid-19pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd