• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Seluruh Dunia Melebihi 50 Juta

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Kes Covid-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50 juta, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah kes mencecah 50,052,204, dengan angka kematian seramai 1,253,110 setakat 11.24 pagi waktu tempatan (1624 GMT). 

Amerika Syarikat kekal negara paling banyak melaporkan kes dan kematian, masing-masing berjumlah 9,879,323 dan 237,192.

India mencatatkan 8,507,754 kes, di tempat kedua. Diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.

Negara yang mencatatkan lebih 1.1 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia, sementara negara dengan lebih 40,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.

Kes global meningkat 30 juta pada 17 September dan naik lagi menjadi 40 juta pada 19 Oktober. Hanya dalam tempoh 32 hari kes global meningkat dari 30 juta menjadi 40 juta, dan dalam masa 20 hari dari 40 juta bertambah ke 50 juta. – BERNAMA

Tags: Covid-19seluruh dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd