• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminjam Diberi 2 Pilihan Bayar Balik Pinjaman

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro dengan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peminjam dalam kategori itu akan diberi dua pilihan iaitu menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.

“Untuk peminjam daripada golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik.

“Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai moratorium, beliau berkata, sejak April hingga September lalu Malaysia menjadi negara pertama di dunia memberi moratorim secara automatik dan peralihan ke arah Bantuan Pembayaran Bersasar mulai 1 Oktober lalu menyebabkan institusi perbankan terus menawarkan moratorium lanjutan dan lain-lain kaedah bantuan pembayaran.

“Setakat ini, lebih daripada 650, 000 permohonan bantuan pembayaran telah diterima, dengan kadar kelulusan tinggi iaitu 98 peratus.

“Bantuan dari segi pemanjangan moratorium atau fleksibiliti pembayaran balik telah diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, serta kepada individu dan PKS yang pendapatannya terus terjejas oleh wabak Covid-19,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, bank telah melaporkan bahawa sekitar 85 peratus peminjam telah meneruskan semula pembayaran pinjaman mereka tanpa meminta bantuan sejak moratorium automatik berakhir. – myMetro Online

Tags: bayaran balikpinjaman perbankan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini

Pemilik Kenderaan Logistik Belum Terima Kad Fleet Boleh Mohon Bayaran Balik 1 Julai Ini

12/06/2024
2

KUALA LUMPUR : Kerajaan sudah membangunkan mekanisme interim membabitkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di...

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

05/04/2020
0

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd