• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Bawa Teks Belanjawan 2021 Ke Parlimen

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.

Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah, bagi mendapatkan keberkatan.

Tengku Zafrul dilihat berpakaian baju Melayu lengkap bersamping diiringi Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri; Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Tengku Zafrul dijadual membentangkan Belanjawan 2021 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Ditanya perasaannya yang pertama kali membentangkan belanjawan tahunan negara, Tengku Zafrul sempat menjawab “okay” sebelum memasuki kereta. 

Beg yang diisi teks Belanjawan 2021 itu menarik perhatian umum kerana ia tidak menggunakan beg bimbit berwarna hitam yang menjadi tradisi sebaliknya beg sampul berwarna kelabu. 

Belanjawan 2021 pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini. 

Belanjawan 2021 ini dinanti-nantikan rakyat dan disifatkan paling penting dan mencabar ekoran penularan COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat serta ekonomi negara. 

Belanjawan ini diharap memastikan kelangsungan ekonomi negara dan hidup rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. – BERNAMA 

Tags: belanjawan 2021menteri kewanganTengku Zafrul Tengku Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hasil Petronas tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk menampung pemberian subsidi minyak kerana ia bukan wang...

Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul

Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Pergolakan yang berlaku di Asia Barat mampu membuka peluang strategik kepada Malaysia untuk muncul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd