• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen BN Sokong Belanjawan 2021

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara bersetuju untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, persetujuan tersebut dinyatakan oleh semua ahli parti itu dalam satu mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

“Mesyuarat (hari ini) kita buat keputusan, kita sokong belanjawan. Kita hendak beritahu bahawa kita tidak ragu-ragu (untuk berikan sokongan).

“Jadi maknanya pihak kerajaan atau Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak perlu bimbang dan ragu. Kita akan pastikan belanjawan di luluskan,”katanya ketika ditemui media sebaik selesai menghadiri mesyuarat khas itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan bagi memberi lebih kefahaman kepada Ahli Parlimen tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021.

Jelasnya, semua ahli Parlimen solid dan bersatu hati akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 serta keputusan-keputusan yang dibuat parti.

“Ketua Whip parti kemudian akan terangkan kepada ahli parti masing-masing,”katanya.

Terdahulu, BN mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato’ Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Antara pemimpin yang tiba paling awal tiba Ahli Parlimen Tenggara yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba iaitu kira-kira jam 3 petang. – Sinar Harian

Tags: ahli parlimen BNbelanjawan 2021
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

22/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk...

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM

Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin Sebagai Calon PM

22/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan tiga perkara berkaitan pembentukan kerajaan baharu pencalonan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd