• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Kerajaan Kemuka Usul Undi Percaya PM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan daripada ahli Parlimen kerajaan.

Usul percaya tersebut sekiranya dikalahkan, ini bermakna Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Kita memang ada terima usul undi percaya terhadap Perdana Menteri. Usul itu datang daripada sebelah kerajaan tetapi kita akan tunggu usul yang lebih penting daripada pihak kementerian untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat,” kata Azhar seperti dilaporkan sebuah media tempatan hari ini.

Sebelum ini, PAS ada mengemukakan usul serupa pada Sidang Parlimen terakhir pada Julai lalu tetapi tidak dibahaskan.

Di bawah aturan mesyuarat, urusan kerajaan diberi keutamaan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Sementara itu, Azhar juga mengesahkan bahawa Dewan Rakyat telah menerima usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Namun ketika diminta mengulas lebih lanjut, Azhar meminta perkara itu dirujuk kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk maklumat yang lebih jelas termasuk jumlah usul yang diterima.

Media sebelum ini juga melaporkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang berpihak kepadanya telah mengemukakan lima usul seumpama itu.

Ini termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut mendesak supaya usul undi tidak percaya dikemukakan.

Speaker Dewan Rakyat dalam sepucuk surat bagi menjawab desakan Razaleigh itu berkata, urusan bukan kerajaan hanya boleh mengatasi urusan kerajaan sekiranya ia mendapat sokongan daripada seorang menteri. – Sinar Harian

Tags: Ahli ParlimenPerdana Menteriusul undi percaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd