• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Restu FELDA Ambil Semula Ladang Dipajak FGV

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holdings Berhad (FGV) bagi mengukuhkan semula kedudukan kewangannya. 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata cadangan itu sudah dibincang pada mesyuarat Kabinet dan pada dasarnya kerajaan bersetuju serta merestuinya. 

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang memperincikan cadangan pengambilalihan itu dan (keputusan muktamad) akan diumumkan menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya selepas majlis sarapan bersama rakyat di Teluk Pasu, di sini, hari ini. 

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika mengulas cadangan FELDA untuk mengambilalih termasuk mengambil semula 350,000 hektar ladang yang dipajak kepada FGV. 

Ahad lalu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, agensi itu bercadang mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya. – BH Online

Tags: FeldaFGVLadang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd