• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Krisis Covid-19 Ikut Perlembagaan, Demokrasi

oleh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta kerajaan menangani krisis wabak koronavirus (Covid-19) secara fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains serta data.

Menurutnya, sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan Perlembagaan akan meletakkan negara serta rakyat dalam keadaan yang lebih sulit selain memburukkan lagi keadaan.

“Tangani krisis ini dengan mempertahankan perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam.

“Utamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesusahan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pandemik Covid-19 dihadapi hampir semua negara, namun yang membezakan adalah skala kebolehjangkitan dan korban.

Mohamad berkata, sehingga kini Malaysia masih berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada kebanyakan negara lain.

“Kemampuan sistem kesihatan Malaysia menangani krisis ini adalah teruji dan diiktiraf sebagai salah satu negara dengan tindakan terbaik dan wajar dicontoh.

“Malaysia tidak berada dalam kelumpuhan ekonomi, sistem kesihatan dan keselamatan awam, malah berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang fokus, dirangsang dengan pelbagai stimulus,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19koronavirusMohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd