• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Petugas Baris Hadapan Di Ambang Menyerah Kalah

oleh Cj Mnh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perang menentang Covid-19 sejak 10 bulan yang lalu semakin membawa kesan ke atas frontliners atau petugas baris hadapan di negara ini.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, berkerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu membawa kesan ke atas mental dan fizikal mereka.

“Ada yang sudah bersedia untuk menyerah kalah,” katanya melalui media sosial milik beliau.

Dr Hisham menggunakan pepatah bahasa Inggeris “throw in the towel” untuk memberitahu situasi sebahagian petugas baris hadapan berkenaan.

Beliau sebenarnya menyeru kepada semua pihak agar bersatu menentang Covid-19 dan jangan berpecah belah.

Perpecahan jelas beliau menjadikan kerja petugas baris hadapan semakin sukar.

Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, namun beliau dipercayai merujuk kepada situasi politik semasa di negara ini.

Ketika ini Malaysia sedang melalui ketidaktentuan politik yang agak teruk sehingga muncul ura-ura kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat.

Situasi gelombang ketiga Covid-19 yang sedang berlaku memperlihatkan jumlah kes harian yang dilaporkan semakin menghampiri 4 angka.

Manakala semalam, negara menyaksikan 10 kematian dilaporkan, yakni yang tertinggi dalam satu hari.

“Sila belajar dari PRN (pilihan raya negeri) Sabah,” katanya. – Mynewshub.TV

Tags: Covid-19Noor Hisham Abdullahpetugas barisan hadapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd