• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

29 Operasi Sanitasi Dilakukan Di 11 Negeri Semalam

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 29 operasi sanitasi dilakukan di 26 kawasan Zon Merah, Zon Kuning dan Hijau di 11 negeri, semalam. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, enam operasi dijalankan di Zon Merah, 12 operasi di Zon Kuning dan lapan operasi di Zon Hijau. 

“Negeri yang terbabit dalam operasi sanitasi itu ialah Kedah (lima), Melaka (lima), Sabah (empat), Sarawak (tiga), Negeri Sembilan (dua), Pulau Pinang (dua), Terengganu (dua), Pahang (satu), Perlis (satu), Perak (satu), Kuala Lumpur (satu), Labuan (satu) dan Putrajaya (satu). 

“Operasi sanitasi itu membabitkan 203 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 226 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) serta lima daripada agensi lain dengan 25 jentera bomba digunakan,” katanya. 

Menurutnya, sebanyak 10,682 operasi sanitasi merangkumi 136 zon dilakukan sejak 30 Mac lalu. 

“Sebanyak 13,312 premis disanitasi terdiri daripada 2,739 pusat perniagaan, 1,612 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,645 tempat awam, 354 pasar raya, dan 5,962 bangunan kerajaan,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 736 premis perniagaan termasuk peruncit (534), pemborong (173) dan pengilang (29), semalam. 

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi. 

“Pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga melakukan 1,096 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,078 premis mematuhi SOP yang ditetapkan, manakala 18 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” katanya. 

Dalam perkembangan berasingan, seramai 52,841 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 66 hotel dan 17 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan sejak 24 Julai sehingga semalam. 

“Daripada jumlah itu, seramai 8,196 individu sedang menjalani proses kuarantin, manakala 381 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 44,264 individu pula didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka pulang dari 35 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Ethiopia dan Maldives,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19operasi sanitasi awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd