• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Malaysia Tak Lakukan Sanitasi Tak Benar

oleh
22/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tuduhan bahawa Malaysia tidak melakukan proses sanitasi di kawasan penularan wabak COVID-19 adalah tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi sanitasi dilaksanakan sejak 30 Mac lalu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merangkumi sejumlah 135 zon di seluruh negara.

Sejak Mac lalu juga, katanya, sebanyak 10,653 operasi sanitasi tempat awam dilakukan, terbaru semalam yang membabitkan 33 lagi operasi di enam zon merah, 11 zon kuning dan 11 zon hijau di 11 negeri.

“Ada video diedar dan sedang tural yang menunjukkan gambar di negara luar yang buat sanitasi dan dikatakan kita tidak buat seperti yang dilaksanakan beberapa negara luar.

“Tuduhan kerajaan tidak lakukan sanitasi ini tidak benar,” katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Katanya, operasi sanitasi semalam membabitkan tujuh di Sarawak dan Kedah; Sabah (6); Pulau Pinang (4); Pahang dan Terengganu (2) serta Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (1).

“Operasi semalam membabitkan 183 anggota bomba, 178 petugas daripada PBT dan agensi lain. Sebanyak 41 jentera bomba turut digunakan semalam,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19operasi sanitasi awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd