• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor Tak Ambil ‘Pusing’ Kecaman Isu Air

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Walau dicemuh, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kekal positif dalam menangani masalah pencemaran yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di negeri ini. 

Beliau memberitahu memahami situasi dihadapi sebilangan pihak yang marah dengan insiden gangguan bekalan air dan kerajaan negeri harus tenang dalam menangani permasalahan itu.

“Dari kita tuding jari dan keluarkan teori konspirasi, lebih baik kita tenang dan selesaikan masalah.

“Mereka memang marah tapi kita mahu selesaikan masalah ini secara sistematik dan bukan hanya gimik,” katanya ketika sidang media di Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, tadi.

Beliau menjawab soalan berhubung tuntutan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan susulan isu pencemaran yang kerap berlaku di negeri ini. 

Dalam pada itu, susulan gangguan bekalan air, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menzahirkan rasa dukacita berikutan rakyat negeri ini perlu bergelut dengan gangguan bekalan air serta penularan wabak Covid-19. 

Mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Amirudin berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih atas keprihatinan baginda malah usaha turut dipergiatkan sejak 8 September lalu bagi melakukan pemantauan khususnya di kawasan ‘hotspot’.

“Malah, bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu pemantauan sungai ini, kami juga akan menyediakan tawaran RM20,000 kepada pemberi maklumat bagaimanapun maklumat itu mesti berguna untuk memastikan mereka yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan,” katanya.

Pada Isnin lalu, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Pencemaran itu menyebabkan penutupan empat loji iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang. – myMetro Online

Tags: Amirudin ShariGangguan Bekalan Airpencemaranselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd