• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB: Pekerja Awam, Swasta Diarah Kerja Dari Rumah

oleh
20/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja di rumah mulai 22 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan arahan ini berkuatkuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Katanya, ia membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Menurutnya, keputusan itu dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja di pejabat.

“Terdapat sembilan kluster dari tempat kerja di negeri Selangor sehingga hari ini. 

“Justeru, pekerja bagi sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan serta pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat tetapi hanya bekerja dari rumah (Work From Home) sepanjang PKPB,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pekerja dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan diberi pengecualian untuk bekerja di pejabat.

“Majikan perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Katanya, maklumat lanjut berhubung jenis pekerjaan dan prosedur operasi standard (SOP) akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pekerja yang tinggal di kawasan Zon Merah pula diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 dengan kos akan ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan dan pihak majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini, katanya. – myMetro Online

Tags: bekerja dari rumahperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd