• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: 7 Kematian Dalam 24 Jam Rekod Tertinggi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, hari ini mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam dengan tujuh kes dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 187.

Lebih membimbangkan, 86 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan Covid-19, hari ini.

Noor Hisham berkata, enam kematian direkodkan di Sabah manakala satu kes dilaporkan di Selangor.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 871 kes baharu direkodkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

“Daripada jumlah itu, ia membabitkan 5 kes import dan bakinya 866 adalah penularan tempatan,” katanya jumlah jangkitan terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 20,498 kes. 

Dalam perkembangan sama, selain kes kematian tertinggi, kes sembuh direkodkan 701 hari ini juga adalah tertinggi pernah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 13,262 kes (64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: kematianKKMpandemik COVID-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.