• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Di Labuan Berkuat Kuasa 17 Hingga 30 Oktober

oleh
15/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 17 hingga 30 Oktober ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

“Bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Labuan, semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.

“Bagaimanapun, pergerakan keluar masuk merentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan pekerja yang mempunyai pas pekerja,” katanya pada sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, beliau berkata memandangkan Labuan merupakan kawasan aktiviti perairan, perkhidmatan pengangkutan air seperti feri Ro-Ro, feri ekspres dan bot laju dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang dengan kapasiti terhad selain mematuhi SOP yang ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata aktiviti lain yang dibenarkan ialah perkhidmatan pengangkutan teksi air dan penambang bermula 6 pagi hingga 6 petang serta proses ‘sign on’ dan ‘sign off’ industri perkapalan serta minyak dan gas mengikut peraturan SOP yang sedang berkuat kuasa.

“SOP bagi pergerakan keluar masuk anak kapal kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. Namun bagi anak kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, mereka yang melakukan ‘sign off’ perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari,” katanya.

Mengenai aktiviti ekonomi di kawasan PKPB tersebut, Ismail Sabri berkata aktiviti berkenaan dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi SOP serta waktu operasi yang ditetapkan.

Beliau berkata waktu operasi bagi restoran, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, medan selera, kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka adalah dari 6 pagi hingga 10 malam.

“Pembelian makanan secara pandu lalu, penghantaran serta pembungkusan adalah digalakkan. Pengusaha atau operator premis perlu memastikan pekerja, pembekal dan pelanggan merekod kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  akan mempersembahkan cadangan jumlah jemaah bagi solat lima waktu dan solat Jumaat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan.

“Bagi mengimarahkan masjid, mesyuarat bersetuju membenarkan azan, mendirikan solat jemaah lima waktu dan solat Jumaat. Untuk menentukan jumlah jemaah, JAWI akan persembahkan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah hanya enam orang dibenarkan bagi aktiviti dalam rumah ibadat bukan Islam. – BERNAMA

Tags: Labuanperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd