• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Bunuh Anak Terpaksa Diusung Masuk Mahkamah

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Enam anggota polis terpaksa mengusung suspek dipercayai membunuh anak lelakinya berusia lapan bulan ke Mahkamah Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.

Suspek berusia 40 tahun yang dibawa menaiki kereta polis tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi dikatakan enggan keluar dari kereta dan membaca beberapa surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa.

Bagaimanapun, selepas 10 minit menunggu, anggota polis terpaksa mengusung suspek yang lengkap berpakaian lokap berwarna ungu masuk ke mahkamah.

Prosedur perintah tahanan reman terhadap suspek akhirnya berjaya dilakukan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Suspek direman selama tujuh hari berkuat kuasa hari ini sehingga Selasa (20 Oktober ini).

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan reman berkenaan.

Semalam, mayat bayi lelaki berkenaan, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan ditemui berbungkus dalam sebuah guni dan disorokkan di rak dapur rumah suspek di Kampung Sungai Dua di sini.

Suspek dipercayai mempunyai masalah mental sebelum itu menghubungi sepupunya yang berusia 50 tahun meminta supaya lelaki itu datang ke rumah melihat keadaan anaknya.

Sepupunya yang tergamam menemukan bayi terbabit terus ke balai polis meminta pertolongan.

Pasukan polis yang tiba ke lokasi mendapati pintu rumah berkunci dari dalam dan terpaksa memecahkannya.

Hasil pemeriksaan dalam rumah menemui suspek berkurung di dalam bilik bersama isterinya berusia 32 tahun yang sedang menangis ketakutan dan trauma.

Pemeriksaan lanjut menemui mayat bayi yang berbungkus dalam guni di sebuah rak di dapur rumah itu.

Mayat berada dalam keadaan dilumur garam dan cedera di kiri kanan leher serta lebam pada badan. – Sinar Harian

Tags: bunuh anakKelantanmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.