• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Perlis Azam Pertahan Kejuaraan Liga IPT

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Pasukan bola sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berazam untuk mengekalkan kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan bola sepak liga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) divisyen satu tahun ini yang bermula, esok.

Rektor UiTM Perlis selaku penasihat pasukan terbabit Prof Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abd. Rahman berkata latihan sudah bermula sejak Januari lepas di bawah bimbingan jurulatih, Manja Man yang juga bekas pemain pertahanan Perlis.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini Ahmad Redzuan berkata sebanyak 25 pelajar telah dipilih untuk membentuk pasukan tersebut termasuk lapan pemain lama dan bakinya, muka baharu.

UiTM Perlis merupakan antara tujuh pasukan yang layak bertanding dalam divisyen satu liga berkenaan. Pasukan lain ialah Politeknik Kota Bharu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Komuniti Kedah, Kolej Komuniti Pahang, Multimedia Universiti (MMU) Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Dalam pertandingan pembukaan esok, UiTM Perlis akan bertemu pasukan MMU Selangor di Stadium UiTM Perlis diketuai Mustafa Amini Ismail.

Ahmad Redzuan berkata, walaupun UiTM Perlis berjaya menjadi juara liga bola sepak IPT divisyen satu dua tahun berturut-turut pada 2013 dan 2014, namun sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang tawaran mana-mana pihak untuk menjadi penaja.

“Semua perbelanjaan yang berjumlah kira-kira RM150,000 setahun terpaksa ditanggung UiTM Perlis selain sedikit sumbangan peribadi daripada orang perseorangan,” katanya sambil mengharapkan ada pihak sudi penaja pasukannya.

Pasukan bola sepak UiTM Perlis juga pernah menjadi johan Kelayakan Liga IPT 2010, johan divisyen tiga 2011, naib johan divisyen dua 2012, naib johan Piala Kementerian Pengajian Tinggi dan Piala Menteri Pengajian Tinggi tahun lepas. – BERNAMA

Tags: UiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd