• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya

oleh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media harian sebentar tadi.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

“Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya.

Ismail Sabri berkata, masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.

Selain itu, beliau berkata pusat-pusat hiburan dan kelab malam turut tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Mengenai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beliau berkata, Polis Diraja Malaysia menahan 617 individu, dan daripada jumlah itu 44 individu direman manakala dua individu dikenakan jaminan semalam.

Memperincikan perkara itu, Ismail Sabri berkata, antara kesalahan tertinggi dilaporkan adalah penjarakkan fizikal melibatkan 239 individu, tidak memakai pelitup muka (178) dan aktiviti di dalam kelab malam (105 individu).

“Kesalahan lain termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (89), melanggar syarat kawasan PKPB (20), pendatang asing tanpa izin (16), aktiviti pelacuran (lapan), aktiviti perjudian (tiga), tinggal di Malaysia melebihi tempoh (tiga), premis tanpa lesen (satu), dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas (satu),” katanya.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan jumlah tangkapan membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan akan mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak patuh SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd