• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Di Klang, Sandakan, Tuaran, Papar

oleh
07/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Tuaran, Papar di Sabah dan Klang di Selangor selama 14 hari bermula 9 Oktober ini.

Langkah itu diambil susulan terdapat lebih 40 kes positif di semua kawasan terbabit, selain membolehkan pengesanan kes secara bersasar dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan masuk dan dari kawasan itu tidak dibenarkan.

“Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu atau perkhidmatan lain di kawasan itu,” katanya pada sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata, antara prosedur operasi standard (SOP) ialah hanya dua orang saja dibenarkan keluar memberi barang keperluan.

“Semua perniagaan bukan keperluan ditutup, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka dibuka bermula 6 pagi hingga 6 petang, manakala pembelian makanan secara pandu lalu, kaedah penghantaran dan bungkus saja dibenarkan.

“Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6 pagi hingga 6 petang, manakala operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 2 petang, sementara pasar malam, pasar tamu serta pasar tani tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.

Katanya, kenderaan yang membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk dengan kebenaran polis terlebih dulu.

Selain itu, perkhidmatan e-hailing dibenarkan membawa hanya dua penumpang dan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam saja.

“Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti, tidak dibenarkan,” katanya.

Menurutnya, penduduk di kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar untuk bekerja sepanjang tempoh itu dan meminta majikan tidak mengambil tindakan kepada pekerja.

Beliau berkata, masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat jagaan kanak-kanak, pusat tahfiz, sekolah dan tadika juga ditutup.

Selain itu semua aktiviti sukan, sosial dan budaya juga tidak dibenarkan di kawasan itu.

“Bagi memastikan pelaksanaan perintah ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam, pihak berkuasa tempatan dan pegawai diberi kuasa untuk mengawal seluruh kawasan terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat khas MKN hari ini juga bersetuju PKPD Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak ditamatkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.

“Terima kasih kepada KKM dan barisan depan atas kejayaan melandaikan Covid-19 di kawasan itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd