• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Mangsa Termuda Meninggal Dunia Akibat Covid-19

oleh
06/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. 

“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.

“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.

Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi.

Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya. – myMetro Online

Tags: bayiCovid-19meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd