• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Pencemaran Sungai Batang Benar Dikenal Pasti

oleh
06/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis telah mengenal pasti suspek kes pencemaran Sungai Batang Benar dan kini dalam proses menahan individu tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman berkata suspek bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari negeri lain.

“Pegawai dan anggota kita telahpun berada di sebuah negeri dan sebentar tadi saya telah berhubung dengan mereka dan mereka positif akan dapat menahan suspek.

“Apabila suspek ditahan, kita akan bawa suspek ke Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya siasatan dijalankan menurut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam.

Terdahulu, beliau meninjau kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai yang telah dikenal pasti sebagai lokasi utama punca pencemaran yang menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas sejak Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan yang turut meninjau lokasi berkenaan berkata kerja-kerja pembersihan di lokasi pencemaran sedang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

“Setakat ini kita belum pasti sama ada sisa buangan itu adalah sisa buangan berjadual ataupun tidak. Sampel telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya, menambah keputusan dijangka diketahui dalam masa terdekat.

Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dilapor berkata sejumlah bahan buangan dan bahan sebatian organik yang tersisa ditemukan di  kawasan belukar di pinggir kawasan industri di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, iaitu punca pencemaran di sungai berkenaan.

Pencemaran itu menyebabkan dua LRA iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. – BERNAMA

Tags: Pencemaran Sungaipolissungai batang benar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd