• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chaya Sulaiman Nafi Keluar UMNO, BN

oleh
01/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Chaya Sulaiman menafikan kononnya beliau akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat seperti ditularkan di media sosial.

Chaya yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang lepas ketika dihubungi berkata beliau turut menerima maklumat berkenaan.

“Sejak semalam saya serta enam jawatankuasa UMNO turut menerima maklumat itu kononnya kami akan keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional, tidak tahu siapa dan dari mana maklumat seumpama itu mereka dapat,” katanya.

Menurut Chaya, ketika ini beliau sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah sejak Isnin lepas dan menunggu keputusan saringan COVID-19.

Sejak semalam tular maklumat bahawa Chaya akan meninggalkan UMNO dan BN dalam masa terdekat.

Maklumat yang tular berkenaan turut mendakwa kekalahan tipis (10 undi) Chaya kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana wujud unsur sabotaj daripada BN sendiri.

Pada PRN lepas, Chaya kalah dengan 10 undi terhadap Rina Jainal daripada Warisan yang memperoleh 2,834 undi. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalChaya SulaimanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

Pemuda BN Negeri Sembilan Kesal Taktik Terdesak Lawan

Pemuda BN Negeri Sembilan Kesal Taktik Terdesak Lawan

30/07/2026
0

SEREMBAN - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin melahirkan rasa kesal dengan taktik terdesak digunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd