• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Cadang ‘Lockdown’ Kota Kinabalu – Bung Moktar

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Daerah Kota Kinabalu dicadangkan dikenakan lockdown berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, cabaran utama kerajaan baharu yang dibentuk adalah untuk menangani masalah penularan Covid-19.

“Kota Kinabalu kini zon merah. Kerajaan meminta untuk melaksanakan lockdown di seluruh Kota Kinabalu.

“Jadi ia adalah penting, cabaran kami adalah menangani Covid-19. Mudah-mudahan penyakit ini tidak merebak ke daerah lain dan dapat dikawal,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung cadangan mengenakan Perintah Berkurung di Kota Kinabalu, beliau berkata, ia adalah cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Itu adalah cadangan, ia penting kerana Covid-19 merebak dengan cepat.

“Ia adalah dari KKM tetapi bergantung pada kelulusan daripada kerajaan Pusat. Kalau dilihat virus Covid-19 masih boleh terkawal, saya rasa tidak akan (lockdown), tetapi di pihak lain tiada pilihan demi melindungi rakyat adalah keutamaan,” katanya.

Kota Kinabalu setakat semalam mencatat sebanyak 104 kes Covid-19 dan empat daerah yang dikategorikan sebagai zon merah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dicadang dikenakan PKP berikutan peningkatan kes di kawasan berkenaan. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Kota KinabalulockdownSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd