• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Di Selangor Meningkat

oleh
30/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (R0) bagi Selangor menunjukkan peningkatan iaitu 1.95. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan nilai R0 itu disebabkan oleh kenaikan mendadak jumlah kes harian positif COVID-19 iaitu sekitar 10 hingga 15 kes berbanding sebelum ini iaitu dua hingga tiga kes. 

“Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil,” katanya dalam Facebook di sini. 

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata nilai R0 bagi Sabah pula kembali stabil iaitu 1.26 yang dicatatkan semalam namun ia masih dalam tahap yang membimbangkan kerana membabitkan bilangan kes harian yang tinggi. 

Katanya, nilai R0 itu boleh meningkat kembali di Sabah sekiranya masyarakat tidak mengambil langkah intervensi kesihatan awam yang lebih optima. 

Jumlah bagi Sabah dan Selangor melebihi nilai R0 yang sepatutnya iaitu dalam lingkungan 1.0

“Di Kedah, nilai R0 turut menurun sejajar dengan penurunan kes di negeri berkenaan iaitu hanya dua kes dalam tempoh empat hari yang lalu, nilai R0 terkini bagi Kedah ialah di bawah angka satu iaitu hanya 0.65. 

“Ia secara tidak langsung menggambarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkesan. Adalah penting untuk masyarakat mematuhi SOP serta langkah-langkah intervensi yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd