• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

101 Kes Baharu Covid-19, Sabah Catat Kes Tertinggi

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan 101 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 11,135 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, empat kes import mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 97 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import membabitkan seorang individu warga negara dan tiga individu bukan warga negara.

“Bagi 97 kes penularan tempatan, sebanyak 93 kes membabitkan warga negara manakala empat bukan warga negara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 70 kes, Selangor (13 kes), Johor (tiga kes) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Melaka, Perlis, Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada sidang media, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 50 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,939 kes iaitu 89.3 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,062 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, 13 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd