• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Curi Kereta Di Pam Minyak Ditahan

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Lelaki yang mencuri disyaki mencuri kereta di pam minyak di Mentakab, dekat sini, sudah ditahan polis semalam.

Kejadian itu tular di media sosial dan aplikasi telefon sejak petang semalam, selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai dikongsi netizen.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek dikesan dan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Ia adalah susulan laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa selepas polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti rakaman CCTV di stesen minyak berkenaan.

“Hasil siasatan itu, kita berjaya mengenal pasti identiti suspek dan meminta bantuan lain untuk membantu mengesan suspek. 

“Berikutan itu, kita berjaya menahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah di Subang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek sudah dibawa ke IPD Temerloh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 8 pagi semalam, kereta milik mangsa yang juga seorang pelajar berusia 20 tahun dilarikan seorang lelaki ketika mangsa sedang mengisi minyak di stesen minyak terbabit.

Mangsa yang tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak turut mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek melarikan kereta miliknya. – myMetro Online

Tags: curi keretaPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd