• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Nyah Warta Hutan Simpan Kekal Kuala Langat

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor diminta mengekalkan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara kerana kawasan itu mempunyai kepentingan dalam pemuliharaan flora dan fauna di Selangor.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Profesor Dr Ahmad Ismail, berkata isu penyahwartaan hutan tidak perlu dibangkitkan dalam pembangunan kerana ia membabitkan ekosistem sejagat yang perlu dipelihara oleh semua pihak.

“MNS kekal dengan pendirian hutan simpan kekal itu perlu dijaga dan dilindungi malah dipelihara demi kepentingan pemuliharaan hidupan liar yang ada, tumbuhan yang sensitif serta perkhidmatan ekosistem yang boleh diberikan oleh hutan berkenaan.

“Di situ juga terdapat penduduk Orang Asli yang yang perlu dijaga kebajikan mereka,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata, hari ini kerajaan Selangor melakukan sesi pendengaran awam bagi cadangan pemansuhan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat membabitkan keluasan sekitar 1,971 hektar, namun ramai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) lain serta ahli politik di kawasan berkenaan tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Kerajaan negeri Selangor mesti membuat kajian yang teliti sebelum membuat keputusan nyah warta kawasan berkenaan dan seluruh hutan simpan di Selangor, terutama kawasan sensitif alam sekitar kelas satu kerana jumlah kawasan hutan simpan kekal Selangor semakin mengecil malah ia bercanggah dengan dasar kerajaan.

“Sebagai sebuah negeri yang lebih maju daripada negeri lain, Selangor patut menunjukkan contoh terbaik dalam pemuliharaan hutan simpan,” katanya.

BH pada Februari lalu melaporkan, kerajaan Selangor menjelaskan keputusan untuk mengeluarkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih di peringkat mendengar pandangan awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri sedang mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan, khususnya rakyat, masyarakat Orang Asli dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan itu.

Malah Amirudin berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak akan membuat keputusan berkenaan isu itu sebelum meneliti setiap pandangan daripada rakyat serta memperhalusi laporan teknikal merangkumi analisis kos faedah berkait kesan cadangan berkenaan. – BH Online

Tags: hutan simpan kekalKuala langatselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd