• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prinsip Maqasid Syariah Panduan Usaha Lawan COVID-19

oleh
29/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Prinsip Maqasid Syariah menjadi panduan  dalam menggerakkan usaha kerajaan melawan COVID-19 walaupun pada zahirnya ia tidak diuar-uarkan sebagai kerangka dalam tindakan menangani pandemik itu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan penularan pandemik itu hakikatnya merupakan pengaplikasian Prinsip Maqasid Syariah iaitu memelihara nyawa.

Atas semangat “Malaysia Prihatin”, kerajaan telah mengambil langkah proaktif melaksanakan beberapa fasa PKP dan kini dalam fasa PKP Pemulihan untuk memelihara keselamatan dan nyawa orang awam daripada ancaman COVID-19, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara (PKPSN 2020), di sini hari ini. 

“Dengan statistik pertambahan pesakit dan juga kematian akibat pandemik itu, masyarakat sudah tentu memahami bahawa prinsip memelihara nyawa amat penting dan sebagai pemerintah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang prihatin untuk mengelakkan penularan wabak itu,” katanya. 

Muhyiddin berkata prinsip utama Maqasid Syariah iaitu “Hifz al-Din” atau memelihara agama turut menjadi topik penting yang dibincangkan kerajaan sepanjang pelaksanaan PKP.

Menurutnya, ia telah mewujudkan satu norma baharu dalam kehidupan umat Islam, antaranya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Di peringkat awal, kita terpaksa menutup masjid dan surau untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat. Solat Jumaat juga tidak diadakan untuk beberapa ketika demi untuk memelihara nyawa rakyat. 

“Alhamdulillah, pada hari ini masjid dan surau telah dibuka atas sebab kerajaan prihatin terhadap keperluan umat Islam untuk menjalankan ibadah yang merupakan sebahagian daripada prinsip Hifz al-Din atau memelihara agama. Namun, prinsip ini diseimbangkan dengan prinsip Hifz al-Nafs atau memelihara nyawa,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun masjid dan surau telah dibuka dan solat berjemaah termasuk solat Jumaat dibenarkan, para jemaah mesti mengamalkan norma baharu, antaranya menjaga jarak antara jemaah. 

“Jika kebiasaannya imam menyuruh makmum supaya rapatkan saf, dalam keadaan norma baharu imam meminta makmum supaya jarak-jarakkan saf. Ini penting supaya umat Islam yang datang ke masjid untuk beribadah tidak terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 yang mengancam nyawa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19maqasid syariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd