• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

71 Kes Baharu Covid-19, 63 Daripadanya Di Sabah

oleh
24/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kembali kepada dua angka kepada 71 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 10,576 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 71 kes baharu yang dilaporkan itu, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 69 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan dua individu bukan warganegara.

Bagi 69 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 43 kes membabitkan warganegara manakala 26 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini Sabah kekal tertinggi 63 kes antaranya 10 Kluster Laut dan 47 Kluster Bangau-bangau. 

“Kedah empat kes dan Selangor tiga kes serta tiada kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 64 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,666 kes iaitu 91.4 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 777 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, enam pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 133 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd