• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Akhir Rozita Ditolak

oleh
24/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suri rumah yang mencetuskan kontroversi dalam kes dera pembantu warga Indonesia empat tahun lalu sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, mula menjalani hukuman penjara selama lapan tahun hari ini.

Ia berikutan Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhir tertuduh, Rozita Mohamad Ali, 46, terhadap semakan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi pada 29 Mac 2018 selepas membuat semakan.

Rozita kelihatan tenang selepas panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan berkenaan.

Selepas prosiding, Rozita menyatakan sesuatu dan mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebelum diiringi anggota polis ke bilik lokap untuk dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.

Dalam penghakimannya, Kamaludin berkata, selepas menghalusi hujahan kedua belah pihak, mahkamah berpuas hati rayuan perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjalankan kuasa semakan mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah, tidak mempunyai merit.

Kamaludin berkata, mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya (yang mengenakan bon berkelakuan baik lima tahun dengan jaminan RM20,000) dengan alasan sama ada hukuman berkenaan adalah wajar atau sebaliknya.

“Hukuman dikenakan Mahkamah Tinggi adalah mengikut trend, malah terdapat hukuman lebih tinggi yang pernah dikenakan dalam kes lain.

“Oleh itu, dengan mengambil kira hukuman mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan adalah penjara selama 20 tahun, rayuan perayu dengan ini ditolak dan keputusan akhir Mahkamah Tinggi dikekalkan. 

“Rayuan pendakwaan untuk menambah lagi hukuman ke atas perayu juga ditolak,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron.

Kes dera itu menarik perhatian ramai selepas video memaparkan mangsa ditemukan terbaring dalam keadaan parah di tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya oleh pengawal keselamatan tular di media sosial.

Pada awalnya, Rozita didakwa di Mahkamah Sesyen dengan tuduhan cuba membunuh Suyanti Sutrinso, 19, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun jika cedera dan seumur hidup jika menyebabkan kematian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah dekat Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara antara 7 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Jun 2016.

Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa dengan menggunakan sebilah pisau, batang mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing serta penyangkut baju.

Bagaimanapun, selepas 10 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 9 Mei 2017, tertuduh kemudiannya menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dikenakan bon berkelakuan baik pada 15 Mac 2018. – myMetro Online

Tags: dera pembantu rumahwarga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

30/10/2024
0

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd