• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Anwar Dilihat Sabotaj Ekonomi Negara

oleh
23/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan sudah cukup sokongan untuk membentuk kerajaan dilihat sebagai usaha untuk mensabotaj ekonomi negara.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tindakan itu dilakukan pada ketika ini negara sedang sibuk untuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi.

“Ini dapat dibuktikan apabila sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI jatuh 10.5 mata!

“Anwar kembali menggunakan taktik lamanya. Dulu dia juga pernah mendakwa kononnya mendapat sokongan 30 ahli Parlimen dan akan menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008.

“Namun tiada apa yang berlaku. Ketika bercakap kepada pemberita tengah hari tadi, beliau dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan ahli Parlimen yang bersama dengannya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ka Siong atas kapasiti sebagai Presiden MCA menegaskan bahawa pendirian mereka adalah jelas bahawa MCA dan Barisan Nasional (BN) ketika ini masih teguh berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berhadapan pandemik Covid-19 sejak enam bulan lalu.

“Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” tegas beliau.

Menurut Ka Siong, sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi PM,” kata beliau. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimEkonomifbm klciWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd