• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Mohamaddin Singgung Keluarga ATM, PDRM

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 satu sandiwara dan berkepentingan politik adalah penghinaan kepada pasukan keselamatan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan itu amat biadab khususnya kepada keluarga 10 anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

“Seluruh pasukan keselamatan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui akan kebenaran peristiwa itu dan tidak ada mana-mana pihak mempertikai secara terbuka berkaitan kebenaran peristiwa ini.

“Dalam suasana negara baru sahaja menyambut Hari ATM yang ke-87 pada 16 September lepas, tuduhan ini mencerminkan betapa beliau tidak memahami serta memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan negara,” menurutnya dalam kenyataan.

Ismail Sabri mengingatkan semua pihak agar tidak menyentuh isu sensitif yang boleh membangkitkan kemarahan dan rasa tidak selesa mana-mana pihak khususnya perkara melibatkan keselamatan serta kedaulatan negara.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pula menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan ahli politik sebagai tidak bertanggungjawab dan memperlekeh tugas anggota tentera.

“Tuduhan anggota ATM yang hanya membuat serangan kepada ayam dan anjing juga merupakan tuduhan yang tidak benar.

“Selain itu, tuduhan tersebut memperlekeh tugas serta tanggungjawab anggota tentera dan pasukan keselamatan lain dalam mempertahan kedaulatan negara ketika itu,” menurutnya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali dan turut menyinggung perasaan keluarga anggota yang terkorban baik di pihak ATM mahu pun PDRM.

Katanya ATM yang kini berusia 87 tahun pada 16 September lepas telah menyaksikan banyak pertumpahan darah, pengorbanan dan keringat mereka terdahulu yang dicurah demi memastikan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan buat rakyat Malaysia pada hari ini sentiasa terpelihara.

“Adalah diingatkan agar rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara.

“Peranan rakyat Malaysia seharusnya bersama pasukan keselamatan menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia merupakan tanggungjawab bersama,” katanya.

Affendi berkata keupayaan ATM pada masa ini bukan sekadar berupaya mempertahan kedaulatan negara malah menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang dinaungi negara. – BERNAMA

Tags: ATMMohamaddin Ketapipasukan keselamatanPDRMpencerobohan lahad datu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd