• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

57 Kes Baharu Covid-19, 40 Pulih

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan 57 kes positif baharu jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kepada 10,276 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 49 kes.

“Enam daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan itu adalah berkaitan kes import membabitkan seorang warganegara dan lima bukan warganegara.

“Tiga kes membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dan masing-masing satu kes pulang dari United Kingdom, Pakistan serta Zambia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 51 kes penularan tempatan yang membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara.

“Penularan tempatan itu adalah 49 kes di Sabah antaranya dari Kluster Pulau, Selamat, Benteng LD, Kuarters (kluster baharu), kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Queen Elizabeth dan kes saringan bergejala di hospital sama.

“Kes saringan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, saringan pelatih pusat rehabilitasi, saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, pesakit Influenza (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau, saringan kontak rapat kepada kes ke-9,390 dan saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu serta saringan rujukan ke Hospital Tawau.

“Kes lain dilaporkan daripada Kluster Sungai di Kedah dan saringan pembedahan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, terdapat 40 kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 9,395 kes iaitu 91.43 peratus.

Beliau berkata, setakat ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 751 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

Tambah beliau, sembilan pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Namun, katanya, tiada kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 130 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd