• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Azmin, Hilman Disita MPS

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Berjaya di sini disita oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Difahamkan, notis pengosongan dikeluarkan ke atas bangunan tersebut yang dahulunya merupakan dewan awam sebelum dijadikan Pusat Khidmat oleh ADUN terdahulu, Hasbullah Ridzwan sebelum diambil alih oleh Mohamed Azmin dan Muhammad Hilman.

Tindakan pengosongan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat tersebut yang bukan lagi ADUN mewakili kerajaan negeri selepas menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Muhammad Hilman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun tiada di pejabatnya ketika tindakan diambil kerana berada di Sabah.

Menurutnya, beliau melihat tindakan oleh kerajaan negeri dengan merampas kembali pusat khidmat itu sebagai tindakan yang merugikan rakyat.

“Tindakan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) dan kerajaan negeri menyita pusat khidmat dan menghalau saya keluar hanya akan merugikan rakyat DUN Gombak Setia.

“Pusat Khidmat tersebut adalah pejabat untuk saya bertemu dengan rakyat, pimpinan tempatan dan warga yang memerlukan,” katanya menerusi kenyataan di aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya, langkah tersebut juga seperti tindakan balas dendam susulan pihaknya tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun saya bukan lagi ADUN PH, namun saya dan Mohamed Azmin masih melaksanakan khidmat dan menyalurkan bantuan kepada warga Gombak.

“Jika MB dan kerajaan negeri mahu menghukum saya kerana tidak lagi menyokong PH, mereka sepatutnya berdepan dengan saya dan bukan menghukum rakyat dan para pengundi Gombak Setia,” katanya.

Sementara itu, wakil MPS ketika dihubungi memaklumkan akan memberikan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat. – Sinar Harian

Tags: Hilman IdhamMohamed Azmin AliMPSpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd