• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Wanita Ditemui Pengsan Kes Indeks Kluster Pulau

oleh
15/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Pulau di Kunak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster (iaitu kes ke-9,940) adalah seorang wanita warganegara berusia 68 tahun. 

Beliau berkata, warga emas itu ditemui tidak sedarkan diri di rumah dan dibawa ke Hospital Kunak dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tawau bagi rawatan serangan jantung, strok dan penyakit hati sebelum saringan Covid-19 didapati positif pada 13 September lalu. 

Menurutnya, beliau kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Hasil saringan kontak rapat dan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), lapan lagi kes positif Covd-19 dikesan iaitu ahli keluarga kes indeks.

“Setakat hari ini, seramai 128 disaring dan 18 dikesan negatif manakala 101 masih menunggu keputusan membabitkan 109 warganegara dan 19 bukan warganegara,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di lokasi dikenal pasti. 

Menurutnya, punca jangkitan masih di dalam siasatan dan aktiviti mengawal penularan jangkitan bagi kluster itu giat dijalankan di lapangan. – myMetro Online

Tags: Covid-19Kluster KunakKluster PulauSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd