• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakak Kapten Zaharie: Berhenti Menyalahkan Adik Saya!

oleh AK-47
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAKAK kepada juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi dengan menyalahkan adiknya berhubung misteri kehilangan pesawat terbabit.

Sakinab Shah berkata, keluarga mereka sentiasa berdoa dan berharap agar misteri kehilangan pesawat itu segera terjawab.

“Seperti yang diperkatakan ramai sebelum ini, tiada sesiapa pun termasuk ahli politik, saintis, pakar penerbangan, penyiasat kemalangan udara, juruterbang, juruterbang yang sudah bersara, pihak media atau sesiapa pun di luar sana, punyai hak untuk menuduh ataupun menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah atas kehilangan pesawat terbabit,” katanya, memetik laporan The Star.

Orang ramai ujarnya, membuat andaian melampau termasuk mengatakan adiknya itu menghadapi masalah peribadi melibatkan perkahwinan yang dikatakan sudah didaftarkan ke Mahkamah Syariah.

Namun di sebalik pelbagai kecaman liar, Sakinab menyampaikan perasaan terima kasihnya kepada pihak-pihak yang memberikan kata-kata sokongan buat mereka sekeluarga dalam menghadapi ujian hebat itu.

BACA:  MH370: Teori Penerbangan Emosi Zalim 

Bagaimanapun, Sakinab masih tidak dapat menerima laporan sesetengah media yang dilihat seakan sengaja memanipulasi adiknya sehingga menampakkan Zaharie sebagai seorang penjenayah yang bertanggungjawab di sebalik tragedi MH370.

“Memalukan! Di satu peringkat kami ada mengeluarkan surat peguam terhadap sesetengah media tempatan yang suka sangat menyebarkan khabar angin,” katanya sambil mengatakan, kali terakhir dia menjumpai Zaharie adalah dua minggu sebelum kejadian.

Menurut Sakinab, adiknya merupakan seorang yang penyayang, berfikiran terbuka serta suka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

“Kehadirannya dalam setiap majlis keluarga pasti dinantikan sebab dia seorang yang ceria. Dia sentiasa dijadikan rujukan oleh kakak, abang serta anak-anak saudaranya, seorang lelaki yang penuh integriti.

“Dia juga seorang yang sangat pemurah dan sering kali membelikan cenderamata setiap kali pulang daripada bekerja di luar negara,” katanya.

Zaharie, 53, anak kelahiran Pulau Pinang mempunyai tiga cahaya mata dan seorang cucu.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 8 Mac lalu.

Pesawat tersebut sepatut mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi, hari yang sama.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd