• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Kluster Baharu Dikesan Di Kunak, Sabah

oleh
12/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam kalangan pendatang tanpa izin di Sabah, dikenali Kluster Laut yang dikesan di Kunak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes indeks kluster (kes ke-9859) itu merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau, Sabah yang telah dihantar pulang ke negara asalnya di Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu. 

Namun katanya pada 5 Sept lalu individu itu menyusup masuk semula ke Sabah melalui jalan tikus untuk melawat isterinya.

“Isteri (kes indeks) (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 Sept semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (kes ke-9861 dan kes ke-9862).

Menurut Dr Noor Hisham hingga hari ini, seramai 49 individu telah disaring dalam kluster tersebut dan kesemua saringan melibatkan warganegara Filipina.

Daripada jumlah itu, empat kes dikesan positif, 14 individu negatif dan 31 individu lagi masih menunggu keputusan, katanya.

“Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA 

Tags: Covid-19Kluster KunakSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd