• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Senator Angkat Sumpah

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Datuk Seri S. Vell Paari yang merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong; Mohamad Apandi Mohamad pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ahmad Yahaya dan Datuk Othman Aziz pilihan DUN Kedah.

Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat ahli baharu Dewan Negara itu menekankan agar isu-isu berkepentingan rakyat diberi tumpuan, dan pada masa sama mengelakkan daripada menjadikan persidangan Dewan Negara sebagai medan politik.

“Kita ketepikan fahaman politik berasaskan parti seboleh-bolehnya dan hasilkan perbahasan yang berkualiti, dapat menyumbang kepada proses pembinaan negara. Justeru, marilah kita sekata untuk menjadikan dewan ini dihormati terus-menerus dengan cara, kaedah dan pendekatan yang positif.

“Saya ingin menegaskan apabila ahli Yang Berhormat mengurangkan political attachment, yang nyata kita boleh nanti menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Namun, kesetiaan kita kepada parti tetap wujud, dalam pada itu kesetiaan kepada negara perlu kita cerminkan menerusi tindakan masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahli Dewan Negaraangkat sumpahSenator
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Juasseh Ismail Lasim MB Baharu Negeri Sembilan

ADUN Juasseh Ismail Lasim MB Baharu Negeri Sembilan

02/08/2026
0

KUALA PILAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang...

Pemimpin PAS Ucap Tahniah Kepada BN

Pemimpin PAS Ucap Tahniah Kepada BN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Beberapa pemimpin PAS mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan besar gabungan itu dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd