• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Didenda RM3,000 Ugut Guan Eng

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kontraktor didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbaur ugutan melalui Facebook terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung penjualan aset Tabung Haji.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu terhadap Nor Zigan Mohd Tori, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu melalui Facebook ‘Zihan Tori’ pada jam 8.06 pagi, 18 Februari lalu.

Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 28, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 2.30 petang, hari sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nor Zigan yang diwakili peguam Sharil Azwan Nizan merayu hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Pengakuan salah tertuduh menjimatkan masa mahkamah dan ini adalah kesalahan pertamanya. Tertuduh bekerja sendiri, penularan Covid-19 menyebabkan periuk nasinya terjejas. 

“Selain itu, pautan yang dilakukan OKS tiada kaitan dengan agama dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan ke atas OKS sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat.

“Adalah tidak wajar tindakan OKS yang melepaskan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tindakannya itu boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia,” katanya.

Nor Zigan membayar denda itu. – BERNAMA

Tags: dendaLim Guan EngUgut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd