• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHRISTCHURCH – Pengganas yang melakukan serangan ke atas dua buah masjid di New Zealand, Brenton Tarrant dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol hari ini selepas mengaku bersalah membunuh 51 penduduk Muslim pada tahun lalu.

Semasa menjatuhkan hukuman ke atasnya, Hakim Cameron Mander menyatakan perbuatannya sebagai zalim dan dan tidak berperikemanusiaan.

“Tanggungjawab mahkamah ini adalah untuk memberikan tindak balas dalam cara untuk menolak dengan tegas perbuatan jahat,” katanya ketika membuat keputusan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah undang-undang negara tersebut.

Menurut akhbar The Sydney Morning Herald, Mander berkata, tidak ada tempoh masa penjara minimum dalam kes tersebut.

“Pembunuhan itu adalah ganas dan terlalu kejam. Perbuatan anda tidak berperikemanusiaan. Kamu tidak menunjukkan rasa belas kasihan, Kamu bukan hanya seorang pembunuh tetapi seorang pengganas.

“Kamu dengan sengaja membunuh seorang budak yang berumur tiga tahun ketika dia memaut pada kaki bapanya,” kata hakim tersebut.

Sebelum itu, Mander bertanya kepada Tarrant sama ada dia mahu bercakap di dalam mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, dia menolak untuk berkata apa-apa sebaliknya mengucapkan ayat ‘terima kasih.’

Tarrant, 29, seorang warga Australia mengaku salah terhadap 51 tuduhan pembunuhan, 40 percubaan membunuh dan satu dakwaan keganasan berhubung perbuatannya melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac tahun lalu. – Agensi

Tags: Brenton tarrantChristchurchpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd