• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak VIP Dikompaun Langgar PKPP Di Pub

oleh
27/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang anak kenamaan (VIP) antara 29 pengunjung yang ditahan sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail, di sini, yang disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, polis menahan 20 lelaki dan sembilan wanita yang berada di premis tersebut yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai pengurus premis, seorang lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita warga Filipina disyaki pekerja premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mazlan berkata, siasatan lanjut mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.

“Selain itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warganegara asing dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Selain itu kes turut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(no.7) 2020,” kata beliau lagi.

Beliau berkata, keempat-empat suspek warga asing yang berusia dalam lingkungan 33 hingga 52 tahun itu ditahan reman selama 14 hari bermula 22 Ogos sehingga 4 September 2020 untuk siasatan lanjut.

“Seramai 29 individu berusia dalam lingkungan 21 hingga 48 tahun itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang,” katanya.

Tambah Mazlan, pihaknya tidak mengamalkan double standard dan tidak sesekali berkompromi terhadap mana-mana individu termasuk anak VIP tersebut yang didapati melakukan kesalahan melanggar PKPP.

“Mereka dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan,” tegas beliau. – Sinar Harian

Tags: anak VIPCovid-19perintah kawalan pergerakan pemulihanpub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd