• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Di PRN Sabah Guna Lambang Dacing

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menggunakan lambang parti iaitu dacing kerana pengundi sudah biasa dengannya, kata Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Koordinator BN bagi PRN Sabah berkata, tinjauan yang dibuat mendapati pengundi sudah biasa dengan lambang dacing dan perkara itu tidak boleh dipandang remeh.

Menurutnya, biro politik dan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat sudah memaklumkan kepada parti-parti rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bahawa calon BN akan menggunakan lambang dacing.

“Walaupun bertanding atas logo BN, parti-parti lain yang nak guna (lambang) PN, tidak ada masalah,” katanya di sini.

Beliau berkata, rundingan juga telah dicapai dengan komponen PN untuk tidak akan ada perebutan kerusi untuk ditandingi.

“Soal siapa bertanding dan di mana, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dah diberi mandat dan beliau juga sedang muktamadkan (senarai calon).

“Kita sudah 80 peratus bersedia (dan) rundingan antara parti-parti juga berjalan dengan baik di mana kita telah ada satu persefahaman yang mana kita tidak akan benarkan situasi free for all dalam kalangan parti-parti pembangkang, tetapi pembangkang yang bersatu-padu,” katanya.

Annuar berkata, BN juga bekerjasama rapat dengan rakan daripada PN bagi memastikan kemenangan calon walaupun berlainan logo.

“Kami bekerjasama rapat dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Malah kami akan berkongsi jentera (pilihan raya), kami adalah satu walaupun guna logo yang berbeza,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September manakala penamaan calon pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPilihan Raya Negeri Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd