• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Zaidi Sudah Berkempen Lebih 60 Peratus Kawasan

oleh
18/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz telah berkempen meliputi lebih 60 peratus kawasan DUN itu.

Katanya, beliau yakin dapat menjalankan kempen ke seluruh kawasan DUN itu esok, dan bercadang untuk meneruskan kempen sebanyak tiga kali di setiap kawasan sehingga 28 Ogos ini, bagi bertemu lebih ramai pengundi.

“Pada hari ini, kempen ditumpukan di kawasan pasar dan kedai makan, manakala petang ini saya menemui pengundi dengan berkempen rumah ke rumah di Kampung Klah Baru, sebelum ke pekan lama Slim yang saya jangka dapat memasuki 90 peratus kawasan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas. 

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu S. Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Dalam pada itu, Mohd Zaidi menjelaskan kerajaan sedang berusaha mengatasi masalah banjir  melibatkan lima kampung di sini, berpunca daripada air Sungai Slim yang melimpah.

Katanya, perkara itu sebelum ini telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan  persidangan DUN Perak, selain kepada kerajaan Pusat.

“Saya juga sudah meminta satu langkah segera diambil, bagi mengatasi masalah banjir ini buat jangka masa panjang, supaya kejadian ini tidak berulang,” katanya.

Selain itu, Mohd Zaidi berkata, usaha mengatasi permasalahan penempatan untuk generasi kedua di kampung tradisional dan Felda, yang juga antara perjuangan Allahyarham Mohd Khusairi akan diteruskan beliau. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalMohd Zaidi AzizPRK DUN Slim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd