• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Kes Baharu Covid-19, 7 Kes Daripada Kluster Tawar

oleh
17/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh daripada 12 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) merupakan Kluster Tawar dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kesemua kes baharu itu melibatkan generasi ketiga Kluster Tawar.

“Empat kes dikesan di Kedah dan tiga lagi di Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, jumlah kes positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes.

“Sehingga hari ini, seramai 1,135 individu di Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah disaring dalam kluster ini.

“Namun tiada kes positif dikesan di Perak,” katanya.

Selain itu, KKM turut merekodkan dua kes baharu positif Covid-19 melibatkan Kluster Sala.

“Justeru jumlah kes positif bagi kluster ini adalah enam kes,” katanya.

Beliau berkata, seramai 273 orang telah disaring di Kedah dan Pulau Pinang dalam kluster tersebut.

“Seramai 49 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, satu kes positif Covid-19 dikesan dalam saringan di Hospital Sungai Buloh.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 penularan dalam negara adalah 10 kes,” katanya.

Menurutnya, dua kes import yang telah mendapat jangkitan dari Syria dan Filipina turut dikesan KKM.

“Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,212 kes dengan jumlah kes aktif 211 kes,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat unit rawatan rapi termasuk dua memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 125 kes bersamaan dengan 1.36 peratus,” katanya.

Katanya, sebanyak 17 kes yang telah pulih pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 8,876 kes iaitu 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kluster tawar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd