• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan

oleh
17/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMAJA lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Tertuduh didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, hampir tiga tahun lalu.

Pada 28 Januari 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.

Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunuh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama. 

Seksyen 94 akta sama memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan ibu bapa atau penjaga dikenakan denda atau pampasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim sementara tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Seramai 71 saksi memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan bermula pada 30 Mei 2018.

Tragedi menyayat hati itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan. – myMetro Online

Tags: pembunuhanPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

08/12/2023
0

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd